❤ Warna Warni Kehidupan ❤

February 20, 2014

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Malam2 buta ni mata ni cam ngantuk jer sejak dari tadi ..Ntah la sejak dua tiga hari ni cam tak cukup tidur jer .. Tapi bila mata ni tengok warna2 cantik kat lappy tak ngantuk la pulak ..Tengok warna2 ni terfikir nak buat entri pasal warna.Jom main ngan warna malam nie ..

Warna Merah

Merupakan tanggapan bagi kategori warna panas. Warna api dan darah, yang membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ia juga boleh dikaikan dengan warna cinta dan hati. Dapat menarik perhatian dan menambahkan metabolisma badan kita. Ianya dikaitkan dengan warna yang popular di kalangan wanita. Kebanyakan warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa maksud agresif, kemarahan dan keganasan. Merah gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan manakala Merah muda menggambarkan alam percintaan.

Warna Biru 

Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan dan harapan. menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.

Warna Kuning 

Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya girang akan menyebabkan kita sentiasa ceria. Warna kuning pudar akan memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Bagi si pemakai warna kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan.

Warna Hijau


Hijau di dalam mod positifnya, menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Sebaliknya, mod negatifnya yang terdapat pada ton tertentu seperti hijau-coklat menggambarkan lapuk, toksid dan peniruan. Warna hijau ini juga sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik.

Warna Hitam

Mempunyai rasa dalam, rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan. Sinonim dengan warna malam, ilmu hitam dan elegen.Warna hitam ini si pemakainya sebenarnya seorang yang kurang berani tetapi suka menampakkan dirinya hebat.


Warna Putih  

Warna putih lebih terkenal bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan dan fesyen kerana sifatnya yang ringan, neutral, dan sesuai dengan apa sahaja. Namun begitu, warna putih lebih mudah menampakkan kekotoran dan lebih sukar untuk dijaga berbanding warna lain. Doktor dan jururawat memakai warna putih sebagai tanda kebersihan. Selain itu juga warna putih ini adalah bagi orang yang berani tetapi tidak suka menampakkan keberanian.

SaYaNG SeLaLu ,
Lya ❤

Artikel Menarik yang Lain

0 sang pencerita

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.