❤ TIGA TANDA ORANG BERHASAD DENGKI ❤

February 24, 2014

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

TIGA TANDA ORANG BERHASAD DENGKI


Luqman Al-Hakim ada memberi nasihat panjang Luqman anaknya yang diriwayatkan oleh Al-Muharbi,daripada Sufyan Ats-Thaury. Antara kata-kata hikmahnya adalah:

“Hai anakku! Janganlah engkau letakkan kebaikanmu itu, kecuali di sisi penjaganya. Hal ini seperti tidak ada persahabatan antara kambing biri-biri dan serigala. Begitu jugalah tidak ada persahabatan antara orang yang baik dan yang jahat.”

“Hai anakku! Jadilah engkau hamba kepada orang yang baik dan janganlah engkau jadi sahabat kepada orang yang jahat.”

“Hai anakku! Jadilah engkau orang kaya,nescaya engkau menjadi orang yang dipercayai.”

“Hai anakku! Janganlah enkau meminta sesuatu perkara dari belakang dan janganlah engkau menolaknya dari depan. Hal ini kerana yang demikian itu akan memperlekehkan pandangan dan mencela akal fikiranmu.”

“Hai anakku! Sekiranya engkau beradab walaupun sedikit,engkau akan peroleh faedah yang banyak.”

“Hai anakku! Lakukanlah kebaikan itu untuk ahlinya dan janganlah engkau meletakkannya pada yang bukan ahlinya, nescaya engkau akan rugi di dunia ini dan mengharamkan pahalanya di akhirat kelak.”

“Jadilah engkau orang yang bersederhana dan janganlah boros. Juga janganlah engkau memegang harta dengan kedekut dan janganlah memberinya dengan boros”

“Hai anakku! Lazimilah dirimu dengan hikmah,nescaya engkau akan memuliakan dengannya kerana tuan bagi akhlak hikmah adalah agama ALLAH”

Luqman berkata lagi:

“Hai anakku! Ada tiga tanda bagi orang yang berhasad dengki itu. Dia akan mengumpat sahabatnya apabila kawannya tiada, akan memujuk apabila dia melihat dan akan bergembira dengan musibah yang menimpa sahabatnya.”

Beliau juga berpesan:

“Hai anakku! Barang siapa yang memikul sesuatu yang dia tidak terdaya, dia akan menjadi lemah dan barang siapa yang berasa kagum dengan dirinya sendiri akan binasa. Dan barang siapa yang bersikap takbur serta menyombong diri terhadap manusia akan menjadi hina”

Seterusnya katanya:

“Hai anakku! Janganlah engkau bergaul dengan orang yang bodoh. Walaupun dia memiliki rupa yang indah, namun dia seperti pedang, baik pemandangannya tetapi amat buruk kesannya.”

“Hai anakku! Berwaspadalah engkau dari sahabat yang jahat kerana sesungguhnya dia umpama pedang yang dihunuskan (dari sarungnya). Pandangannya mengagumkanmu sedangkan kesannya amat buruk.”

Dalam kitab Bahjatul Majalis, Luqman berkata kepada anaknya:

“Hai anakku! Merendah dirilah engaku dengan kebenaran,nescaya engkau menjadi manusia yang paling berakal.”

“Hai anakku! Barang siapa yang terlalai dalam permusuhan, dia akan dimusuhi dan barang siapa yang melampau dalamnya, dia telah berdosa. Maka, berkatalah dengan yang hak walaupun ia terkena dirimu dan janganlah engkau peduli orang yang marah.”

“Hai anakku! Janganlah engkau bertengkar dengan orang yang bijaksana serta janganlah engkau bermujadalah dengan orang yang gagap. Juga janganlah engkau bergaul dengan orang yang zalim serta janganlah engkau bersahabat dengan orang yang tertuduh.”

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Artikel Menarik yang Lain

1 sang pencerita

  1. nak jaga pandanagn sesama manusia mmg payah.. lebih baik jga pandangan kita dengan Allah swt..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.