Terima Kasih Sayang

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


TERIMA KASIH SAYANG...

❤ Mr Google Punyerr Gambar  ❤

Perkongsian untuk petang ini,Jom sama2 kita renungkan sama2 kita amalkan untuk kerukunan rumahtangga kita jugak ni.Kalau selalu kita amalkan pasti rumahtangga yang kita bina sentiasa berbunga dan berbuah kebahagiaan .. Insyaallah ..

✔ Biasakanlah bibir kita untuk ucapkan kata"TERIMA KASIH, SAYANG"terhadap pasangan kita setiap kali dia melakukan sesuatu perkara buat diri kita.. Walaupun perkara itu hanya sekadar mengambil air, menggosok baju kita, mengemas tempat tidur kita, membasuh pinggan yang telah kita gunakan,membeli barang keperluan rumah,menyiram pokok2 bunga kita dan sebagainya..Ucapkanlah ''TERIMA KASIH,SAYANG''

✔ Ungkapan ini amat ringkas tapi kesannya menusuk hingga ke jantung hati.. Dengannya terasa hilang segala penat lelah, hilang rasa amarah, dan hilang segala gundah apabila orang yang dikasihi tahu kita menghargainya..Betul kan kalau selalu diamalkan insyaallah rumahtangga pon aman damai.

✔ Tahukah kita ??? Ungkapan yg ringkas inilah yang setiap kali dilafazkan, akan berlumba-lumba Malaikat mahu mencatitkan pahala kita dan membuat syaitan menangis melihat kemesraan pasangan yg mendapat "rahmat" dari ALLAH Taala ini..Haa kalau kita selalu amalkan pasti syaitan pon tak suka dah nak dekat kat kita kan ??? Ya la syaitan suka kita gaduh2 tak suka bila kita berkasih sayang kerana Allah... Bersama amalkan moga mendapat keberkatan ..Aaminnn aaaminn aaaminn...

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤


Catat Ulasan

0 Ulasan