❤ Tepuk Dada Tanya Iman ❤

February 07, 2014

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ...

Manusia sering tertipu dengan kehidupan sementara dunia yang fana..sedarkah kita dunia ini tidak kekal selamanya..ada yang mengetahui dan ada yang tidak ambil peduli atas "petanda" dari Allah SWT..Allahurabbi..

Di dunia ini tidak ada milik kita yang kekal selamanya..keluarga,isteri,suami,anak,harta,pangkat,dan kekayaan yang dimilki sekarang tidak dapat membantu membawa kita ke syurga..yang hanyalah adalah amalan kita,solat kita,doa dari anak yg soleh/solehah..

Manusia itu sedar dan mengetahui tetapi mereka dikhayalkan dengan kenikmatan dunia..

Berapa banyak pemimpin negara kita yang kaya raya dengan harta dunia yang sanggup tinggal di rumah kayu tiada sofa berkilau,tiada hamba abdi,tiada driver kereta,dan tiada ipad ?

Berapa ramai ketua-ketua menteri sanggup menjadi nelayan berada di tengah lautan berpanaskan matahari terik seakan panasnya api neraka yang membakar diri..

Berapa ramai Dato' YB Tan Sri dan seangkatannya yang sanggup memakai pakaian tidak berjenama..sanggupkah memakai hanya berbaju lusuh dan berkain pelikat untuk berjalan bersama keluarga?

Berapa ramai ketua kampung yang sanggup menahan mata tidak tidur pada waktunya keluar melihat situasi kampungnya sendiri?melihat anak-anak yatim tidur beralaskan simen yg kesejukan dan berbantalkan kedua-dua tangan..

Fikir-fikirkanlah..Tepuk dada tanya Iman..lihat kiri lihat kanan yang mana amalan ku paling berat masa kini ...

SaYaNg SeLaLu 
Lya 

Artikel Menarik yang Lain

2 sang pencerita

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.