Tanda Si Kecil Sayangkan Anda

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Tanda Si Kecil Sayangkan Anda!

1. Si kecil ceria melihat wajah anda
Sejak bayi, dia berusaha untuk mengingati wajah anda. Dia akan merenung wajah anda untuk satu tempoh yang lama. Dia tahu bahawa anda adalah individu yang penting dalam hidupnya. Ketika usianya satu tahun, dia akan memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang dikenali atau disukainya. Oh bahagianya!

2. Si kecil berfikir tentang anda
Lazimnya, antara 12 hingga 24 bulan, si kecil akan mengerutkan wajahnya dan melihat sekeliling apabila ditinggalkan sendirian. Kadangkala dia akan menunjukkan reaksi gelisah apabila anda tidak berada di sampingnya, dan dia akan kembali tersenyum apabila melihat anda kembali.

3. Si kecil buat ragam
Tangisan dan jeritan bukanlah tanda dia tidak menyukai anda! Dia bersikap begitu kerana inginkan perhatian atau meluahkan rasa tidak selesa dengan harapan anda akan menangkannya. Lebih kurang macam nak menarik perhatian la kiranya!

4. Si Kecil bertatih berlari kepada anda
Dia berlari kepada anda, walaupun kadangkala terjatuh namun dia akan bingkas bangun mendapatkan anda. Itu adalah tanda dia amat memerlukan anda. Manis bukan melihat si kecil berlari sambil mendepangkan tangannya ketika kita pulang dari pejabat!

5. Si kecil membuat 'kejutan' kepada anda
Sedang anda leka membaca suratkhabar, mahupun sedang minum petang, si kecil tiba-tiba memberi ciuman kepada anda. Emosi yang ditunjukkan itu adalah perkembangan positif mengenai dirinya! Pandainya!!

6. Si kecil minta persetujuan anda
Dia akan meminta persetujuan anda terhadap apa yang ingin dilakukannya. Dia bimbang apa yang dilakukannya akan dimarahi anda, namun secara tersiratnya, si kecil sentiasa mengingati nasihat anda supaya berkelakuan baik.

7. Si kecil dengar arahan anda
Cuba arahkan si kecil anda lakukan sesuatu, sekiranya dia menuruti walaupun sedang menonton rancangan kegemarannya, ini bermakna dia mendengar arahan anda. Kesungguhan dia melakukan menunjukkan dia menyayangi anda!

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. sweetnya baca artikel ni.. plg zam suka yg no.1 tu.. teringat anak buah d semenanjung senyum bila tgk Zam blik

    BalasPadam
  2. anak2 adalah antara anugerah terindah given by Allah ^^

    BalasPadam
  3. singgah sini...thanks for info yg menarik nie...

    BalasPadam
  4. singgah sini...thanks for info yg menarik nie...

    BalasPadam
  5. setuju....itu tandanya anak2 sayang kat kita

    BalasPadam
  6. teringat zaman anak2 kecik dulu rindu kat baby (anak abg.long)

    BalasPadam
  7. salam. anak2 sy suka duduk di atas riba n minta dipeluk semasa kecil dulu. skrg dah x minta sy buat begitu sbb dah besar panjang..

    BalasPadam
  8. assalamualaikum akif....betul2 tu mmg boleh jelas terlihat...:)

    BalasPadam
  9. @Nurfaezah Abdullah betultu Fae .. anak2 pengikat kasih sayang ibubapa ..

    BalasPadam
  10. @Abe Kie Salam .. sama la anak Lya pon kalau abah dia blk kerja mmg camtu la caranyerr ..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.