❤ TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA !!! ❤

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA!!! Ramai yg cakap apa ada pada melayu ????Kenapa nak bangga dgn melayu???? ISLAM yang kita harus pertahankan...Betul !!! Lya setuju islam itu agama kita harus pertahankan hingga titisan darah terakhir...

Namun harus di ingatkan di MALAYSIA ini mereka yg berketutunan MELAYU sudah semestinya ISLAM sejak lagi lahiriah lagi...(search definisi melayu itu sendiri)Kalau dah melayu di tindas..di kuda2 kan..di perkotak katikkan sehingga lemah..mcm mana nak pertahankan islam ?? Bila kita bercakap ttg bangsa kita, tidak 
bermaksud kita rasis.Rasa syg dan bangga dgn bangsa sendiri itu mmg wujud dlm diri tidak kira apa bangsa sekalipun dan ianya tidak salah asal tidak menimbulkan semangat assobiyah yg melampau.Saya sayang islam..Saya sayang melayu..Saya sayang perpaduan yg ada..

Tapi kita hari ni mmg dah tak nampak MELAYU ISLAM dahhh ... Nama jer MELAYU ISLAM tapi peel perangai ... Cuba tgk keadaan hari ni dah la ,cth paling dekat ngan kita DRAMA @ FILEM MELAYU sekarang dah takder resipi melayu dah dalam drama @ filem sekarang.Takder nilai2 murni adab resam tok nenek moyang kita dahh sekarang nie.Cer tgk baik2 kalau dlm drama @ filem sekarang ni byk betul adegan2 yg tak membina minda..tak menunjukkan rasa semangat cintakan islam itu sendiri ..

Cth paling bodoh untuk drama @ filem melayu ni kan.. org2 islam kita yg melakonkan watak2 kat dlm drama @ filem tu sendiri macam dah terlebih memperbodohkan diri..Bila ader jer masalah masuk disko,berjoget terkinja2 macam beruk kena belacan,minum arak,bergaul bebas lelaki perempuan,peluk sana sini sampai la adegan kat atas katil..Yang lelaki dgn cara lelaki yg perempuan plak ngan pakaian macam tak cukup kain,sekali tgk macam dah nak berbogel dah ...Perlu ker semua tu di tonjolkan dlm sebuah drama melayu yg majoriti pelakonnya MELAYU dan BERAGAMA ISLAM.Inikah amalan kita org2 melayu bila ada masalah bila di timpa musibah..

Kerana terlampau di sogokkan dgn adegan2 begini dlm drama @ filem la MINDA ANAK MELAYU kita semakin lama semakin rosak...Sebab per rosak sebab terpengaruh dgn adegan2 yg mereka tonton.... Setiap hari dipertontonkan adegan yang sama jgn terkejuzzz satu masa nanti amalan ni la yg jadi amalan anak muda hari ini.
Sekarang ni pon bila Lya tgk tv benda kat tv tu dah blh hafal sgt dahhh ..Kalau masalah melanda MASUK DISKO TERKINJA2 MACAM BERUK,Bergaduh ngan mak ayah lari dari rumah,paling teruk lagi mak ayah pon nak dilawan sbb cintakan seseorag sgt2...Tu la nilai TAK MURNI yg ader dlm drama melayu sekarang.. Kalau drama yg byk episod tu kan,adegan dlm disko saja 50 ke 60 kali ...Jadi nak salahkan SIAPA ????? Sepatutnya kita ni lebih nak menunjukkan arah kebaikan bukannya nak menonjolkan keburukan ... Mana nilai2 murni yang patut ada pada insan bergelar ISLAM ???

Renung2kan Selamat Beramal ...

SaYang SeLaLu ,
Lya❤

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.