Petua Wanita Untuk Membina Sikap Bersyukur

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ..


Petua Wanita Untuk Membina Sikap Bersyukur

❤ Setiap kali bila kita bangun di awal pagi, ucapkan syukur. Ucap syukur kerana kita dapat tidur malam tadi dan dapat rehatkan badan. Ucapkan syukur kerana kita masih hidup hari ini. Sesiapa sahaja berisiko boleh meninggal dunia ketika sedang tidur. Selepas bangun, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati bahawa kita mahu mencapai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang kita lakukan hari ini dan seterusnya..

❤ Ketika kita nak menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur. Ketika kita sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan kita, kesannya kita juga akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana kita berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan kita. Jangan pertikaian rasa penat, mengantuk, lemah badan, malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana kita mempunyai seorang suami yang menyayangi kita, serta anak-anak sebagai penyeri hidup.

❤ Lihat sekeliling kita, cari keindahan di sebaliknya. Hidup kita indah. Cuma kita mungkin tidak nampak selama ini. Lihat sekeliling kita, sekeliling rumah kita, bunga-bunga yang kita tanam, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika kita menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana kita diberi peluang menikmati keindahan alam.

❤ Jadikan tugasan sebagai peluang untuk kita berbakti. Seorang suri rumah pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Kita pasti banyak tugas yang perlu dilakukan. Jika dilihat dari perspektif lain, tugasan seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk kita beroleh pahala. Niatkan dalam hati, kita melakukan semua pekerjaan kita dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga kita keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang kita curahkan, kita akan dapat semula. Percayalah, apabila suami kita puas hati dengan apa yang kita buat, anak-anak memuji usaha kita sebagai ibu mereka hati kita pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu.,, Insyaallah hidup kita kekal bahagia .. Ya Allah ketahuilah sesungguhnya aku amat menyayangi suami dan anak2 ku..Terima kasih Ya Allah Kau suburkan kasih sayang kami mewangi setiap hari ...Aaaminn aaminn aaaminn ..




SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. saya ingin minta bantuan anda mohon share entri ni di shares facebook dan shares Google +, terima kasih.

    http://www.iuzira.com/2014/02/yeos-pilihanku.html

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.