❤ Muhasabah Diri Petang Ini ❤

February 12, 2014

Assalamualaikum...
Ahlan Wasahlan...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..


Ramai yang mampu impikan yang indah-indah, yang best-best, tapi percayalah, ramai juga yang tak mampu untuk bertindak untuk mencapai impian mereka.Walhal, di dalam azan sudah dilaungkan, "MARILAH MENUJU KEJAYAAN".

Rezeki paling bernilai adalah IDEA yang diberikan oleh ALLAH kepada kita. Jenis idea yang dapat membantu orang, memberikan manfaat pada manusia.Tindakan paling tidak bersyukur adalah kita yang tidak ambil APA-APA tindakan untuk melaksanakan idea tu.

Ramai diantara masyarakat kita buat kesilapan tanpa sedar. Lebih-lebih lagi dalam isu rezeki.Kesilapan itu boleh membuatkan kita 'syirik kecil' tanpa disedari! Nauzubillah!

"Kalau tak belajar dalam bidang bagus, macam mana nak dapat kerja bagus?" Allah yang beri rezeki, bukan pekerjaan tu.

"Kalau belajar pondok, ada ke masa depan?"
Anda rasa Allah akan abaikan para hafiz/hafizah ke? 

"Belajar rajin-rajin, dah besar dapat kerja bagus dengan kerajaan, boleh beli rumah besar"Ini masalah paling besar sebenarnya. Dari awal kita dah brainwash generasi muda untuk mengharapkan bantuan dari kerajaan dan bukan dengan Allah.

"Kalau kau berhenti kerja dan berniaga, kalau tak berjaya macam mana?" Allah kan ada. Nasihatkan kawan tu untuk timba ilmu perniagaan, bukan menyoal tentang rezeki yang bakal diberikan oleh Allah kepadanya. 


Selamat menunaikan solat asar ..sahabat !!!

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Artikel Menarik yang Lain

1 sang pencerita

  1. jangan berkata "Allah tidak adil" tapi lihat adilkah kita dengan Allah ? :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..