Makanan Yang Membuat Wajah Bersih

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


5 MAKANAN YANG MEMBUAT WAJAH BERSIH

Buah Mangga
Buah Mangga memang sedap. Buah itu dapat membantu memulihkan kulit. Ianya mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A.
Ia dapat mengelakkan kulit daripada berkedut pada usia yang muda. Buah mangga adalah berkalori rendah. Jadi, buah ini amat sesuai diamalkan ketika diet.


Yogurt
Yogurt kaya dengan protein. Yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal.Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan yogurt dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain.


Bijirin
Walaupun bijirin dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin juga dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang anda mahu. Anda harus memastikan bijirin yang diambil ini mempunyai serat yang tinggi untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda.


Kentang
Kentang mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk keperluan tubuh. Kentang kaya dengan zink dan vitamin C. Ianya dapat membina kekenyalan kulit untuk tampil muda dan sihat sepanjang masa.

Kacang Almond
Asid lemak dalam Kacang Almond dapat membantu mengekalkan sel membran dan dapat menyahkan toksik di dalam badan. Kacang ini juga dapat mengekalkan air dalam badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat. Selain itu, lemak baik iaitu lemak tak tepu yang terdapat di dalam Kacang Almond ini sangat bagus untuk kesihatan jantung. Ia dapat mengekalkan kesihatan berat badan.


Ada pelbagai jenis lagi makanan yang membuat wajah bersih. Antaranya keju, Buah Beri dan buah Avocado. Selain penggunaan pencuci muka, makanan juga merupakan satu cara yang mampu membersihkan wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda. Setiap orang pasti menginginkan wajah yang bersih, sihat dan kulit yang gebu. Diharap pengambilan makanan yang membuat wajah bersih mampu memberi kebaikan kepada anda.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. wah.. terima kasih ats kongsian..anis memg suke semua kecuali yogurt..hee..

    BalasPadam
  2. Kalau orang Siam kan, diorang suka makan pulut dengan buah-buahan termasuklah mangga sebab tu kulit dorang cantik :)

    BalasPadam
  3. Suka yogurt dan mangga tp jarang mkn.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.