❤ Candy Crush Bakal Di Senaraikan Di Bursa Saham New York ❤

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...




Baru jer tgk BULETIN 1:30 .. pereka permainan Candy Crush menyatakan hasrat untuk di senaraikan ke Bursa Saham New York.Syarikat itu berhasrat menyenaraikan saham biasanya di Bursa New York di bawah simbol King.


Pereka permainan Candy Crush, king.com dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah bertanya kepada badan kawal selia suruhanjaya sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat bagi penyenaraian berkenaan.


Candy Crush ialah permainan aplikasi mudah alih yang paling popular dan paling banyak dimuat turun pada tahun 2013.


Antara permainan yang di gemari en hubby & anak2 Lya jugak ...


Sedikit mengenai Candy Crush Saga 
Candy Crush Saga ialah sebuah permainan video yang dilancarkan pada 12 April 2012 untuk Facebook, dan kemudiannya dilancarkan pada 14 November 2012 untuk telefon pintar.Ia dibangunkan oleh King. Setakat Mac 2013, Candy Crush Saga sudah memotong kedudukan FarmVille 2 sebagai permainan paling popular di Facebook, dengan purata 45.6 juta pengguna bulanan.Ia adalah variasi daripada permainan pelayar web mereka, Candy Crush.

Populatiti Candy Crush
Candy Crush Saga sudah mencatatkan lebih sepuluh juta muat turun pada Disember 2012 sahaja.Candy Crush Saga sangat popular di Facebook dengan mencatatkan lebih 40 juta kesukaan pada laman aplikasinya. Ia merupakan aplikasi Facebook paling popular serta aplikasi yang mencatatkan pendapatan kasar tertinggi di kedai aplikasi Apple dan Google.Permainan ini turut ditampilkan pada video muzik Psy Gentlemen.
Setakat Julai 2013, dianggarkan bahawa Candy Crush Saga mempunyai 6.7 juta pengguna aktif dan mencatatkan pulangan sejumlah AS$633,000 sehari.
SaYaNg SeLalu ,
Lya ❤

Tag :- Candy Crush 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.