❤ Tips Melawan Rasa Tidak Berdaya Dan Tidak Mampu ❤

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

7 Tips Melawan Rasa Tidak Berdaya Dan Tidak Mampu

Hilangkan semua kata-kata 'tidak boleh' dan 'tidak mampu' dalam kamus diri kita. Yakinlah bahawa kita boleh melakukan semuanya dengan baik dan positif.

7 cara ialah :-

1. Kita pasti boleh. Jangan pernah menganggap diri kita tidak mampu melakukan suatu pekerjaan, kerana anda pasti boleh. Bagi kebanyakan orang, tekanan justeru boleh menjadi pendorong untuk boleh lebih maju dan berkembang. Yang harus dilakukan adalah mengawal pengurusan masa kita, menetapkan tahap stress, dan menghilangkan hambatan dalam pekerjaan dengan cara kita. Kita mampu melakukan pelbagai perkara dengan baik, kerana itu jangan terus menyerah sebelum mencuba. Percaya diri dengan kemampuan kita, dan belajar untuk menyelesaikan semua tugas tersebut dengan baik.

2. Tentukan target. Untuk mencapai hasil kerja yang maksimum, tentukan target yang ingin kita capai dalam bekerja. Namun, tentukan target yang terukur, dan sesuai kemampuan, agar kita mampu merealisasikannya. Hal ini termasuk target waktu, berapa lama kita boleh mencapai matlamat kita.Adanya target dalam pekerjaan membuatkan kita akan sedikit mempunyai tekanan, dan membuat kita lebih serius dan lebih produktif dalam melakukan pekerjaan.

3. Memotivasi diri. Seringkali berada didalam zon selesa dalam pekerjaan membuat kita terbuai dan tidak produktif bekerja. Motivasi dan cabaran dalam bekerja merupakan punca penting untuk meningkatkan produktiviti, sehingga anda boleh fokus untuk mencapai matlamat peribadi mahupun profesional. Banyak hal kecil di sekitar kita yang sebenarnya boleh menginspirasi dan memotivasi kita untuk bekerja lebih baik lagi. Moralnya jika kita didatangi cabaran dan dugaan anggaplah itu sebagai satu dorongan, ianya hanya sebagai cubaan 

4. Jangan mencari alasan. Setiap orang mempunyai alasan mengapa mereka tidak boleh mencapai matlamat, atau memenuhi target mereka masing-masing. Sebagai contoh, kita tidak boleh menumpukan perhatian menyelesaikan tugas kerana banyak tukang yang sedang mengubahsuai bilik mesyuarat di pejabat. Ini bukan alasan yang tepat untuk mengendurkan pekerjaan. Kita perlu berhenti mencari alasan untuk setiap kegagalan yang kita buat sendiri. Carilah penyelesaian yang boleh kita lakukan agar pekerjaan boleh berjalan dengan baik, kerana kita lah yang memegang kawalan ke atas diri kita dan kerja kita.

5. Hilangkan kata "tidak boleh" dari kamus anda. Kata-kata "tidak mampu" atau "tidak boleh" mempunyai makna bahawa kita secara fizikal tidak boleh melakukan apa-apa. Namun hal ini mungkin juga menjadi kod bahawa "saya tidak mahu melakukannya" atau "ini pekerjaan yang terlalu melelahkan". Sebenarnya kita harus menghilangkan kata-kata tersebut dalam fikiran jika kita ingin mencapai tujuan dan target kita. Kata-kata mempunyai pengaruh yang besar bagi psikologi kita. Apabila kita berkata mampu melakukan sesuatu, selalu ada penyelesaian untuk membantu kita mengerjakan tugas-tugas.

6. Berusaha yang terbaik. Untuk medapatkan yang terbaik dan produktif dalam bekerja,kita harus benar-benar komited untuk bekerja lebih keras, dan mencari tahu apa yang boleh memotivasi sahabat. Berkomitmenlah untuk bersikap proaktif, berani ambil risiko, dan menghilangkan alasan-alasan. Jika kita tidak komited untuk membuat perubahan, maka segala sesuatu itu akan selalu tetap sama.

7. Lakukan sekarang. Jangan terus-menerus membuang waktu, untuk memulakan pelbagai hal baik dalam bekerja. Lakukan sekarang juga agar kita semakin mudah untuk mendapatkan tujuan, dan semakin produktif bekerja untuk meningkatkan karier.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.