Tanda WANITA Yang Baik MARUAHNYA

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit PerkongsianUntuk Sahabat2 Semua ...
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ...

Tanda Wanita Yang Baik Maruahnya .............

1. Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, ibu-bapanya, rakan-rakannya, jiran-tertangganya dan masyarakatnya, iaitu:
~ Dengan suaminya bersopan-santun dalam segala percakapan dan tindakannya.
~ Dengan anak-anaknya bercakap dengan bahasa yang baik (tidak suka memaki-memaki dan berbahasa kesat).
~ Dengan ibu-bapanya bersopan-santun, beradab.
~ Dengan rakan-rakan, jiran dan masyarakatnya tidak suka bertengkar dan mengata- mengata serta memfitnah.

2. Tidak jahat mulutnya iaitu tidak gemar mengadu-mengadu hal kepada ibu-bapa, rakan-rakan, jiran-jiran tentang keburukan suaminya.

3. Banyak sabarnya dalam menempuh segala kesusahan ujian Allah, dan dalam mengerjakan perintah-perintahNya.

4. Tidak berhias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya sahaja dan bukan untuk orang  lain.

5. Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh kehidupan, sentiasa ada rasa syukur dan sabar.

6. Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.

7. Memadai (REDHA) dengan apa-apa pemberian suaminya sama ada pemberian suami itu digemari atau tidak.


8. Tidak gemar banyak cakap, cakap sekadar yang perlu sahaja.

9. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah atau senang kecuali yang ditegah oleh agama.

10. Menjadi pendorong, pemberi semangat, penasihat dalam hal-hal kebajikan suami dan rumah tangga. 

11. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.

12. Segala tingkah laku perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.

13. Sentiasa mendoakan keselamatan atas suaminya dalam setiap waktu terutama selepas Solatnya.

Rasulullah SAW bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”.
(HR At-Tirmidzi).

Rasulullah bersabda, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.
(HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim).

Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?" Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya".
(HR al-Hakim).

WALLAHUALAM !!!

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Catat Ulasan

0 Ulasan