✿ Selamat Menyambut Maulidur Rasul ✿

January 14, 2014

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat2 Semua ...
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ...

Sebuah perkongsian  berguna untuk kita semua 

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 

Selamat menyambut Maulidur Rasul pada 1435H / 2014M. Marilah kita bersama-sama mengenangkan kembali susah payah dan pengorbanan yang baginda lakukan demi menegakkan Islam sehingga hari ini....




Alhamdulillah hari ini umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul bagi memperingati hari penuh kemuliaan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang kita semua kasihi. Tentunya selawat dan salam ke atas Penghulu Nabi-Nabi yang diucapkan kita semua meniupkan semangat kepada umat Islam di negara ini supaya terus menjadikan Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik contoh dan teladan.

Dalam kesempatan kita semua memperingati keperibadian dan perjuangan hebat Nabi Muhammad SAW dalam konteks kesejahteraan ummah, ingin saya mengajak umat Islam di Malaysia supaya terus mendekatkan diri dengan kekuatan nilai yang diwasiatkan oleh Rasulullah kepada kita semua.

Sesungguhnya cabaran bagi umat Islam di Malaysia amat besar dan kita tidak boleh leka atau hanyut dibawa cabaran tersebut yang akhirnya pasti akan menjadi punca keruntuhan ummah sejagat. Justeru dengan menerapkan nilai-nilai murni termasuk mengukuhkan kepimpinan serta sahsiah diri sebagaimana yang disarankan Rasulullah SAW, maka setiap cabaran yang mendatang dapat kita hadapi dengan penuh kejayaan.

Umat Islam mesti berusaha memahami ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Memperingati junjungan Baginda bukan pada hari ini sahaja dan bukannya sekali dalam setahun, sebaliknya Rasulullah mesti sebati dengan diri kita, ajarannya pula mesti lekat di hati sehingga mampu menjadi benteng dalam kita menghadapi apa saja cabaran yang mendatangi umat Islam.

Segala nilai murni serta akhlak terpuji Rasulullah SAW mesti dihayati dengan penuh tawaduk dan beristiqamah supaya perjuangan Rasulullah mengangkat kesucian agama Islam dan menyatukan ummah sentiasa dekat di dalam diri kita semua.

Dalam konteks negara kita yang merdeka segala pembangunan fizikal telah disediakan oleh kerajaan. Untuk memastikan pembangunan yang seimbang maka umat Islam mesti mempunyai kekuatan rohani seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di mana kekuatan rohani menunjangi pembangunan fizikal sehingga akhirnya terbentuklah negara Islam yang dihormati dan disegani selain kepimpinan yang sehingga kini amat dikagumi kehebatannya oleh sesiapa pun.

Sambutan Maulidur Rasul hakikatnya adalah platform untuk kita umat Islam menunjukkan kemurnian Islam itu sendiri serta membuktikan betapa umat Islam sesungguhnya memelihara dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagaimana yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

Akhir kata, kepada umat Islam, marilah kita bersama-sama terus mengikuti jejak perjuangan Rasulullah SAW dalam erti kata yang sebenar. Semoga ingatan kita kepada Rasulullah adalah pada setiap masa. Sanjungi kehebatan Nabi Muhammad SAW dan terapkan segala kekuatannya di dalam diri kita semua dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang disegani dan umat Islamnya sentiasa dipandang tinggi.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Artikel Menarik yang Lain

0 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..