❤ Salahkah Menangis Apabila Mendapat Musibah ?? ❤



Lumrah dan sunnatullah bagi setiap manusia apabila mendapat musibah yang tanpa diduga, akan mengalirkan air mata. Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Jadi, wajarlah kita bersedih kerana manusia tidak sempurna dan setiap daripada kita mempunyai kelemahan. Namun, menangis bukanlah menunjukkan sama ada kita lemah atau tidak.

Menangis menunjukkan permulaan untuk seseorang itu menjadi kuat menghadapi kesedihannya dan membuatkan seseorang sedar tentang kesilapannya pada masa lalu.

Bersedih memang fitrah manusia sejak dilahirkan

Harus diingati, jika bersedih mestilah berpada-pada dan ingatlah bahawa semuanya datang daripada Allah…

Siapa yang bertanggungjawab ke atas setiap makhluk di bumi ini???

Sudah pasti Allah s.w.t, kerana Dialah yang menjadikan seseorang manusia itu berasa sedih, gembira, dan sebagainya.

Boleh menangis…tetapi,
Ambillah langkah bersederhana kerana jika berlebihan akan memudaratkan diri.

Oleh yang demikian, hapuskanlah air mata  dan ayuh menjadi seseorang yang kuat menghadapi kesedihan. Ingatlah…Allah sangat sayang kepada orang Islam yang kuat dalam menempuh onak duri kehidupan dan orang-orang mukmin yang beriman paling dikasihi Allah.  Allah s.w.t tidak akan berlaku zalim kepada manusia dan  Dia tidak akan menurunkan musibah yang tidak padan dengan kemampuan hamba-Nya.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Catat Ulasan

0 Ulasan