❤ KENAPA Doktor Keberatan Memberi Antibiotik Untuk Batuk Selesema ❤

January 22, 2014

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat2 Semua ...
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ...

••••► Mengapa Doktor Keberatan Memberi Antibiotik Untuk Batuk Selesema


Kebelakangan ini ini, kerap jugak Lya tgk kawan2 post  status di facebook tentang  doktor yang enggan memberikan antibiotik pada anak- anak yang mengalami batuk dan selesema. Lya ada godek2 jugak kenapa dan ada jugak tanya doktor sebab baru2 nipon pergi klinik mula2 Dr tak bg antibiotik pon tapi bila dah pergi untuk kali kedua sebab tak baik2 baru la Dr bagi ... 

Kat sini Lya nak kongsi mengapa agaknya para doktor agak keberatan memberikan antibiotik untuk batuk selesema biasa...Jom baca 

1. Menggalakkan rintangan ( resistance) bakteria

Apakah rintangan bakteria?
Rintangan bakteria terjadi apabila antibiotik yang diberikan tidak lagi mempunyai kesan terhadap penyakit tersebut.
Contohnya:Apabila sejenis antibiotik diberi untuk kali pertama, antibiotik tersebut akan membunuh kebanyakan bakteria di dalam pesakit. Tetapi akan terdapat satu kumpulan antibiotik yang lebih kuat dari yang lain yang akan dapat mengatasi antibiotik ini dan kekal di dalam badan pesakit.

Terdapat 2 cara bakteria ini boleh menjadi lebih kuat dari antibiotik;
1, Mutasi genetik.
Jarang-jarang berlaku, satu dalam sejuta, satu bakteria akan mengalami mutasi dan genetiknya lebih kuat. Bakteria ini seakan ” superhero” , mempunyai enzim yang boleh melawan kesan antibiotik dan sebagainya.
2. Perpindahan genetik
Tetapi yang menyebabkan ia berkembang, ialah kebolehan bakteria ini memindahkan genetik kuat tersebut pada bakteria lain, menjadikan bakteria lain juga kuat dan ” superhero”. Dan genetik ini dipindahkan lagi pada bakteria yang lain. Apabila mereka membiak , genetik ini dipindahkan pada keturunannya pula. Wah! Betapa banyaknya bakteria “superhero” ini !!!!

Apabila antibiotik tersebut, diberi untuk kali kedua, sahabat semua mungkin melihat kesan yang kurang atau agak lambat. Ini kerana sudah banyak bakteria “superhero” tadi yang bermaharajalela dari yang mati akibat antibiotik. Apabila antibiotik ini diberi untuk kali yang ketiga, kemungkinan besar semua bakteria tersebut sudah boleh melawan antibiotik tadi. Maka tidak ada kesan langsung kepada bakteria tersebut dan sahabat semua terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat dan lebih mahal.

Namun begitu, kitaran yang sama akan berulang. Bakteria akan terus menjadi lebih kuat daripada setiap antibiotik yang diberikan dan akan berkembang biak dengan banyak. Bakteria ini juga boleh berjangkit kepada orang lain! Mereka tersebar apabila batuk, bersin , sentuhan dan lain- lain. Maka penuhlah persekitaran kita dengan bakteria “superhero ” ini!Akhirnya kita tiada lagi antibiotik untuk melawan bakteria ini. Kita telah menemui bakteria yang mempunyai rintangan terhadap antibiotik yang paling kuat seperti Linezolid dan Carbapenem dan masanya telah tiba apabila kita tidak ada senjata untuk melawan bakteria- bakteria ini.

2. Mengelakkan kesan sampingan
Antibiotik seperti juga ubat- ubatan lain mempunyai kesan sampingan. Antibiotik seperti “Amoxicillin” misalnya boleh menyebabkan ruam pada badan, bergantung pada peribadi pesakit. Antibiotic dari kumpulan “macrolide” seperti “Erythromycin”dan “Zithromycin” boleh menyebabkan muntah- muntah, sakit perut dan cirit birit. Dikhuatiri sudahlah pesakit mengalami demam, selesema dan batuk, ditambah pula dengan kesan sampingan ubat antibiotik, yang sebenarnya tidak menolong mempercepat proses penyembuhan.

3. Demam , selesema dan batuk berpunca daripada virus
Antibiotik diberikan kerana para doktor bimbang akan jangkitan bakteria “Group A Streptococcus.” Jangkitan ini boleh menyebabkan penyakit “acute glomerulonephritis” – ( radang pada buah pinggang) dan “rheumatic fever” di kalangan kanak- kanak.Namun kajian menunjukkan bahawa bakteria Group A Streptococcus hanya menjangkuti 5-15% dari orang dewasa dan 20-30 % kanak-kanak. Jangkitan yang selebihnya adalah disebabkan virus: coronavirus, adenovirus dan rhinovirus.

Cara untuk betul- betul memastikan apakah kuman yang menjangkiti pesakit ialah dengan mengambil sampel dari tekak dan menghantar ke makmal untuk dikultur( ditumbuhkan). Akan tetapi cara ini mengambil masa dan melibatkan banyak kos. Oleh itu, terdapat satu cara klinikal yang disarankan bagi para doktor untuk mengagak sama ada jangkitan adalah dari Group A Streptococcus atau tidak. Ianya menggunakan sistem scoring McIsaac.

Sistem ini mencadangkan satu markah jika
1)demam melebihi 38 darjah
2)tiada batuk
3)kelenjar depan yang bengkak
4) tonsil bengkak atau bernanah
5)berumur 15 tahun ke bawah

Jika pesakit mendapat skor 0 atau 1, beliau tidak memerlukan antibiotik. Tetapi jika skornya 4-5, beliau dicadangkan untuk menerima antibiotik yang sesuai, Dicadangkan antibiotik penicillin V selama 10 hari kerana kejadian kesan sampingan rendah serta kos yang berpatutan.

Harapan Lya agar para ibu bapa akan dapat menilai penggunaan antibiotik untuk diri dan anak- anak. Sebagai ibu bapa, setiap hari kita mesti memilih baik buruk dan kesan jangka pendek serta jangka panjang setiap tindakan yang kita ambil. 

Lya nak sambung sikit lagi ....  apakah yang boleh kita lakukan ketika demam selesema selain dari mengambil antibiotik insya Allah.Sesungguhnya yang menyembuhkan adalah Allah, segala pengetahuan dan kesejahteraan adalah daripadaNya. Berusahalah dan marilah kita bertawakkal kepadanya sebagaimana perintah Nya dalam surah Al – Insyirah (ayat 5-8)
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap...
Boleh amalkan surah Al-Insyirah ...

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.