❤ Kenal Tak Pokok Beluntas ...❤

January 23, 2014

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat2 Semua ...
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ...

Pagi yang indah ni ni Lya nak kongsikan sedikit tentang
••••► Pokok Beluntas 


Ni pertama kali dengar nama pokok ni ...Kenal bentuk pokok tapi tak tahu plak namanya..Tapi arini kebetulan terbaca tentang pokok nie..Oooo namanya pokok beluntas..Baru Tahu !!!! Nak kenal bentuknya ...Haaa ni dia pokok tu ...
Kenal tak ??? ....


Beluntas ialah pokok renek herba sederhana besar yang boleh meninggi sehingga 2 m. Batang separa berkayu ini terdapat banyak cabang dan mudah bertunas, diselaputi bulu-bulu halus. Daun tunggal, sederhana besar, sedikit berisi, tirus panjang, tepi bergerigi kasar bergelombang, berwarna hijau terang, pucuk muda berwarna kuning, permukaan berkilat, tangkai pendek dan berbau. Bunga majmuk, bersaiz kecil, putih atau keungguan, terdapat dalam jambak bunga di hujung dahan. Buah atau biji berwarna putih, halus, banyak rerambut halus berfungsi memudahkannya melayang ditiup angin.

Beluntas boleh dimakan bagi merawat penyakit keputihan untuk wanita, disentri, haid tidak menentu, nafas berbau, peluh berbau, badan berbau, sakit urat pinggang, sengal-sengal, sakit sendi (reumatisme), sakit otot, dan ulser. Ia juga boleh dimakan untuk awet muda dan bagi orang yang kurang berpeluh.


Pokok Beluntas yang enak dibuat ulam ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan iaitu daunnya boleh dimakan begitu sahaja dan dibuat ulam ketika menikmati nasi.

Beluntas mempunyai khasiat yang boleh menjadi penawar buang air besar berdarah bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Manakala daunnya pula boleh merawat wanita yang mempunyai masalah keputihan.



Selain itu, serbuk beluntas pula boleh digunakan untuk merawat demam dan selsema dengan cara mencampurkannya bersama sedikit air dan diminum.

Serbuk beluntas juga dapat meredakan ulser, lebam dan bengkak di sekitar badan, manakala jus daun beluntas juga boleh dijadikan pelawas kencing.


Dalam pada itu, bagi mereka yang mahu kelihatan muda, air rebusan daun ini juga berguna.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.