❤ Indahnya Kata Kata... ❤

January 10, 2014

Assalamualaikum ...Salam Jumaat ...
Salam Ukhwah Fillah ...

Arini tak tau nak buat entri apa ..
Jadi duk pikir2 ptg Jumaat ni ..
Rasa2 nak buat tentang KATA2 INDAH UNTUK RENUNGAN ...


❤ '' Kata-Kata Yang Indah Mengubat Rasa Yang Gundah.
Kata-Kata Yang Benar Membuat Fikiran Menjadi Lebih Besar.
Bila Keindahan Dan Kebenaran Bergabung, 
Kata-Kata Akan Menjadi Kuasa Yang Mampu Mengubah Jiwa!!! ''

❤ ''Bukan Keikhlasan Ditunggu Baru Beramal, 
Tapi Harus Beramal Dahulu Untuk Membina Keikhlasan !!! '' ❤

❤ ''Jangan Menilai Seseorang Berdasarkan Masa Silam ..
Tetapi Lihatlah Dia Pada Hari Ini ..
Setiap Orang mampu Berubah 
Malah Jauh Lebih Baik ..
Dari Apa Yang Kita Jangkakan !!! '' ❤

❤ '' Ya Allah, Berilah Kami Kekuatan Ketika Rapuh..
Berilah Kami Petunjuk Jika Keliru..
Berilah Kami Cahaya Ketika Dalam Kegelapan..
Semoga Hari Ini Lebih Baik Daripada Kelmarin..
Semoga Hari Ini Mampu Sebagai Penentu Kebahagiaan Untuk Hari Esok !! '' ❤

❤ ''Jangan Jadikan ALLAH Pilihan Terakhir 
Ketika Kita Sedang Bergembira ..
Dan Tiba Tiba Menjadi 
Pilihan Utama Ketika Kita Bersedih !!! '' ❤

❤ ''Kita Selalu Menunggu Dan
Mengharapkan Hari-Hari Indah
Akan Muncul Dalam Hidup Kita...
Tetapi Kita Lupa Bahawa Setiap Hari
Ada Tersimpan Keindahan Dan Peluang
Untuk Kita Hidup Bahagia 
Dalam Keindahan Yang Di Anugerahkan Allah !!! ''❤

❤ '' Kadang Kadang Orang Yang Hebat Pun 
Akan Membuat Salah ...
Bukan Kerana Mereka Teruk ..
Tetapi Kerana Mereka Seorang Manusia ..
Antara Kita Tiada Siapa Yang Sempurna!!! '' ❤

❤ '' Belajar Diam Dari Banyaknya Bicara ..
Belajar Sabar Dari Sebuah Kemarahan ..
Belajar Kesusahan Dari Hidup Senang ...
Belajar Menangis Dari Satu Kebahagiaan ..
Belajar Keikhlasan dari Kepedihan ...
Belajar Tawakkal Dari Ujian ..
Belajar Redha Dari Satu Ketentuan...'' ❤

❤ '' Saat Inginkan Kaya ..
Terkadang Kita Terlupa Hidup Ini Adalah Kekayaan ..
Saat Takut Rugi ..
Kadangkala Kita Terlupa Hidup Ini Adalah Keberuntungan ...
Sesungguhnya Hidup Ini Lebih Indah ...
Sekiranya Kita Tak Lupa Bersyukur ...'' ❤

❤ ''BerSabar Itu Indah ,,
BerSabar Itu Kekuatan..
BerSabar Itu Hebat ...
BerSabar Itu Membuat Hati Kuat ..
BerSabar Itu Sangat Besar Pahalanya...
BerSabar Itu Mengundang Hikmah..
Walaupun Bersabar Itu Berat ...
Sungguh Beruntunglah Orang Yang Sentiasa BerSabar..
Kerana Sesungguhnya Ada Hal Yang Begitu Indah 
Di Sebalik Kesabaran !!! '' ❤

Ok la tu jer la untuk petang jumaat yang penuh barakah ini ...
Untuk sahabat2 yang sudi membaca ...Terima Kasih ..
Alhamdulillah .............

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Artikel Menarik yang Lain

6 sang pencerita

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.