❤ Hukum Pemakaian Inai Bercorak ... ❤

January 09, 2014

Assalamualaikum.... 
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Hari Ini ... 
Semoga Mendapat Manfaat ... 

 - Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak ..

 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 

 ✔ Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

 ✔ Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

 ✔ Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


SaYaNg SeLaLu , 
Lya ❤

Artikel Menarik yang Lain

3 sang pencerita

  1. good sharing :) fae x suka cium bau inai hehe.

    ReplyDelete
  2. klo ni sure ramai yg nak kawin ckp ala skli ja pun

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..