❤ Anak Demam Campak ...❤

January 11, 2014

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat ...

Semalam anak sulung Lya ,Insyirah ..kena demam campak ...
Habisss tubuh naik bintik2 merah...dari muka hingga la ke kaki ...
kalau ikut petua orang2 tua lepas baik mandikan ngan air kelapa ..
Tapi Lya tgk satu petua tu dia cakap kena minum air kelapa 
sampai la baik ...

Ingat esok nak pergi cari kelapa muda la bg Insyirah minum ...
Kalau ikut kata mak kena mandikan ngan air kelapa lepas dah baik...
Tapi Lya nak cuba jugak la bg dia minum esok tgk camner ...

Banyak jugak kegunaan air kelapa selain mengubati demam campak ...
Kat sini Lya kongsikan untuk sahabat juga ...
Moga bermanfaat untuk kita bersama ...


❤ Kegunaan Air Kelapa ❤




- Mengubati Demam Campak

Caranya;
- Ambil sebiji kelapa muda dan belah untuk mendapatkan airnya.
- Tuangkan air kelapa muda tu dalam ke dalam cawan. Kira-kira dalam setengah cawan pun dah cukup.
- Amalkan meminumnya sehinggalah demam anda tu sembuh.Namun begitu, anda juga boleh meminum air kelapa muda begitu saja. Tak payah tuang ke dalam cawan. Sesetengah pendapat mengatakan yang cara ni lebih berkesan.

Cuma cara yang pertama tadi tu mungkin sesuai ditujukan untuk kanak-kanak. Sebab kadang-kadang ada di antara mereka yang tak nak minum air secara terus dalam buah kelapa tu. Sebagai alternatif, anda tuangkanlah ke dalam cawan. :)

- Penawar Racun 


Sekiranya anda atau sesiapa saja yang terminum racun, segera berikan mangsa minum air kelapa muda sebanyak mungkin. Tujuannya supaya keadaan mangsa tidak melarat.Kemudian, anda bawalah mangsa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

- Menambahkan Keenakan Masakan 


Satu lagi kegunaan air kelapa ialah sebagai bahan untuk mengenakan masakan anda. Tapi kali ini ialah air kelapa tua.

Selalunya, kalau anda beli kelapa kat kedai rucit, mesti pekedai tu belah dan terus buang air kelapa macam tu aje, kan?Tapi, sebenarnya air kelapa tua ni pun ada kegunaannya tau. Ya, ianya dikatakan mampu menambahkan kelazatan masakan anda.Boleh la cuba lepas nie....

Caranya begini;

Setiap kali anda memerah kelapa parut tu, perahlah ia dengan menggunakan air kelapa. Khasiatnya ialah masakan anda bukan saja lebih enak malah akan tahan lama. Atau dalam bahasa lain, ia dapat mengelakkan masakan anda daripada cepat basi..

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Artikel Menarik yang Lain

2 sang pencerita

  1. Get well soon...kalau anak sakit, mak lah yg paling risau...

    ReplyDelete
  2. Betul tu mmg risau sgt2 ,,,
    Tambah2 nak g sekolah ...
    Kesian kat dia huhuhu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.