❤ Adakah Anda Perasan ... ❤

PERASAN TAK.?

Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa 
ke pasaraya, pasarmalam dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK.?

30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen 

atau tengok berita TV....

PERASAN TAK.?

Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang 

di panggung...

PERASAN TAK.?

Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari 

bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK.?

Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan 

bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK.?

Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 

halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK.?

Orang berebut cari tempat duduk di-depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf 

paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Perasan tak kita tak perasan semua tu....?

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

0 Ulasan