❤ 10 Jenis Tangisan ❤

Menangis adalah kelembutan yang bersarang di hati berpunca dari rasa takut, cemas, sayang, rindu atau sedih yang pengaruhnya memberi kesan pada jiwa hingga bersimbahlah air mata.

Ibnu Qayim telah meneliti permasalahan tangisan. Dia mengkategorikannya ke dalam jenis-jenis di bawah :

1- Tangisan rahmat dan kasih sayang.

2- Tangisan takut dan belas kasihan.

3- Tangisan cinta dan rindu.

4- Tangisan gembira dan bahagia.

5- Tangisan putus asa.

6- Tangisan kesedihan.

7- Tangisan kelemahan dan ketidakupayaan.

8- Tangisan kemunafikan.

9- Tangisan kepalsuan.

10- Tangisan persetujuan.

Tidakkah anda mengetahui wahai saudaraku, bahawa di antara 7 golongan yang Allah s.w.t lindungi di dalam naungan Allah pada hari di mana tidak ada tempat bernaung terkecuali naungan-Nya, iaitu seorang lelaki yang berzikir kepada Allah di tempat sunyi lalu kedua-dua air matanya dibasahi air mata 

Tidakkah anda mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w yang menjadi makhluk teragung menangis semasa menghadapi beberapa peristiwa. Bukankah kedua-dua mata air baginda selalu bersimbah kerana takut dan khuatir terhadap nasib umatnya setiap kali baginda membaca Al-Quran ?

Jika anda rasa ingin menangis, maka cubalah menangis! Tangisan tidak mengurangkan kemampuan anda. Bahkan sebaliknya hati anda akan berasa tenang dan perasaan anda akan terasa damai.

Ketika seseorang menangis, dia telah mengeluarkan semua beban yang berhimpitan di dalam hatinya, baik itu emosi kesusahan hati ataupun kesedihan jiwa.”

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Catat Ulasan

0 Ulasan