Tentang Hijau

Macam mana cara nya kita nak dapatkan hari yang tenang dan aman agaknya ??
Sukar rasa hati bila bergelumang dengan tekanan.. bagi Lya dengan lihat benda 
warna hijau, dan itu sudah mengubat tekanan.. hijau, penuh dengan kesegaran..

Cuba baca serba sikit tentang HIJAU 

Love 
Warna Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang 
cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta antara
lelaki dan perempuan atau warna romantik. Hijau pula adalah warna cinta yang menyeluruh 
dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada Tuhan, cinta pada ibubapa, 
cinta pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan sebagainya.

Alam semulajadi/ nature
Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia mengambarkan 
isi kandungan dunia. Ia juga selalu mengambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita 
perkatakan warna hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan dan tumbuh-tumbuhan atau  pantai dan juga air terjun.

Harmoni
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang (balanced). Ia mempunyai elemen 
panas dan sejuk yang seimbang atau centered. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura 
hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga adalah terbuka (open).

Growth
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukkan 
nilai pengembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat 
dengan hijau sebagi simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang 
duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen hijau melambangkan kerja 
mereka yang mengembangkan potensi diri manusia.

Minda @ Mind
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda 
sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol hijau yang lain iaitu alam 
dan growth. Minda manusia patutnya juga sebegitu. Ia patut berkembang dan 
berevolusi seperti ciptaan tuhan yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti 
menolak fitrah tuhan.

Money/Abundance
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna 
emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna hijau menunjukkan 
wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil greenback. Dan selalunya warna 
dalam mana2 lambang dollar adalah berwarna hijau. Dan ia dikaitkan dengan 
kemakmuran (abundance) kerana ia memang fitrah Allah yang bermaksud berkembang dan berkembang. Tetapi, aura hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi “inner”.

Islam
Sebenarnya, hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu kebanyakan warna yang 
mengambarkan Islam adalah dari tone hijau. Bolehlah dikatakan hijau melambangkan 
kecintaan kepada Allah, kerana hijau adalah warna universal love.

Knowledge
Ilmu adalah warna hijau. Aura hijau melambangkan kaya ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna hijau yang bermaksud berkembang (growth) dan makmur (abundance).

Sumber :- SINI



Mendamaikan Hatiku ... ❤

Hati Jadi Tenang Tengok Tumbuhan Hijau .. ❤











SaYaNg SeLaLu ,

Lya ❤


Catat Ulasan

0 Ulasan