❤ Selamat Tahun Baru 2014 ❤

December 31, 2013

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Diam tak diam, kita menghampiri penghujung tahun 2013. Segala perancangan dan azam yang sudah terencana pada awal tahun barangkali sudah dilunaskan.Semoga azam korang untuk tahun lepas sudah terlaksana hendaknya...Bagi Lya ,alhamdulillah segala perancangan 2013telah selamat di laksanakan cuma ada sikit lagi saki baki yang tak terlaksana ..Maka akan di bawa ke TAHUN 2014 nanti ...Semoga segalanya terlaksana ..


Pastinya tahun 2013 meninggalkan seribu satu kenangan untuk kita semua.Tentunya,ada kenangan pahit dan manis kita sepanjang tahun ini untuk dikenang dan tidak mugkin dilupakan... Semoga kenangan 2013 sentiasa segar di ingatan kita dan kenangan yang baik2 sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita nanti ...Insyaallah ...


Ucapan Selamat Tahun Baru Untuk Sahabat2 Semua 

Selamat Tahun Baru 2014 sahabat.. Semoga apa yang kita inginkan tercapai dan persahabatan kita tetap indah seperti indahnya kembang api di langit malam yang indah.


Esok adalah misteri, hanya harapan yang akan tetap hidup menerangi gelapnya misteri. Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti kerana itulah yang tetap membuat kita tersenyum. Selamat Tahun Baru 2014.


Jiwa akan sepi tanpa Teman. Hati akan mati tanpa Iman. Hari ini adalah Kenyataan, Semalam adalah Kenangan, Esok adalah Impian. Sucikan Hati, Jernihkan Fikiran. Sambutlah Tahun Baru 2014 dengan Senyuman.


Masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah goresan, hari esok adalah harapan. Selamat datang  tahun baru 2014. Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan. Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.

Artikel Menarik yang Lain

0 sang pencerita

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.