❤ Rahsia Menjadi Seorang Jutawan ❤

December 29, 2013

Semua manusia di dunia ini memerlukan wang. Masing-masing mempunyai cara untuk mendapatkan wang. Dengan sedikit perancangan dan risiko yang rendah, tidak mustahil kita boleh menjadi seorang jutawan pada suatu masa. Ikuti langkah-langkah berikut untuk anda mencapai impian menjadi seorang jutawan, semoga berjaya.





  • Jadi seorang yang pintar
    Di sini anda memerlukan sedikit pengorbanan diri untuk mencapai tahap seseorang yang memiliki kepintaran berfikir. Jutawan-jutawan yang sediada tidak semua mencapai tahapbillionair secara tidak sengaja. Apa yang penting di sini ialah anda perlu mengenalpasti apakah kekangan-kekangan yang boleh menghalang anda untuk mengejar impian menjadi seorang jutawan seperti kadar faedah pinjaman di bank, cukai oleh kerajaan dan sebagainya. Anda juga perlu rajin untuk membaca buku orang-orang yang telah berjaya menjadi jutawan kerana ini boleh membantu anda untuk menetapkan sasaran dan impian selain pelaburan yang di gunakan oleh billionair ini dan tahu kaedah-kaedahnya.

  • Mula membuat simpanan
    Asingkan segera duit yang anda perolehi dari mana-mana sumber untuk tujuan pelaburan pada masa depan. Tentukan kadar peratusan yang perlu di tolak untuk di masukkan ke dalam satu akaun yang mana akaun ini hanya boleh di ambil duitnya apabila sesuatu keadaan terdesak nanti. Walaupun jumlah pelaburan yang anda buat seperti RM20 sebulan, tapi untuk jangka masa panjang dalam tempoh 4-5 tahun nanti ianya sangat berguna.

  • Buat perancangan untuk 5 tahun akan datang
    Dalam langkah ini, cuba anda jangkakan berapakah jumlah yang akan anda perolehi untuk jangka masa 5 tahun dari sekarang dengan jumlah simpanan yang anda buat setiap bulan. Adakah ianya dapat membantu anda untuk membuat pelaburan seperti membeli sebuah rumah sebagai aset atau anda ingin mulakan sesuatu perniagaan. Tetapkan perancangan anda dengan teliti.

  • Buat pelaburan dengan membeli aset
    Tidak semua orang yang mampu untuk membeli sesuatu aset sebagai pelaburan di masa hadapan contoh seperti membeli sebuah rumah atau tanah yang mana nilainya semakin naik dari tahun ke tahun. Tapi ini bukanlah alasannya. Kepada sesiapa yang mampu carilah seberapa banyak aset yang dapat memberikan pulangan yang tinggi pada masa hadapan.

  • Buat pelaburan dalam perniagaan
    Mulakan sesuatu perniagaan anda sendiri atau anda boleh membeli sesuatu perniagaan dari pihak lain untuk anda memulakan simpanan jangka masa panjang. Beri sepenuh perhatian dari segi masa dan kewangan pada pernigaan anda dan pastikan perniagaan anda sentiasa maju ke hadapan. Untuk memantapkan lagi ilmu perniagaan anda, jangan lupa cari tempat kursus yang boleh membimbing anda menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

  • Bursa saham 
    Jika anda seorang ahli saham atau baru hendak menceburinya,inilah tempat untuk mendapatkan pulangan wang yang banyak jika saham yang di beli melonjak naik atau anda akan kerugian besar kerana saham tersebut menurun. Jual beli saham adalah proses yang berisiko besar. Apa yang penting di sini ialah pastikan anda betul-betul memahami konsep jual beli saham dan gunakan duit lebihan yang ada yang anda sendiri tidak tahu di mana untuk di gunakannya dengan membeli saham yang cergas dan aktif.
SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.