Khasiat Tembikai Susu

Tembikai Susu atau dalam bahasa inggeris orang panggil Honeydew merupakan buah yang menjadi kegemaran anak2 Lya. Mereka semua suka sangat dengan tembikai susu. Kalau buat jus tembikai susu lagi la diaorang suka. Jadi kat sini Lya cuba la godek2 MR GOOGLE nak tengok la serba sikit khasiat buah tembikai susu ni.  Ya la kalau anak anak dah suka makan Umi ngan abah pon suka jugak la. Jadi Lya cuba la cari serba sikit info tentang tembikai susu nie.

Ni  Ler Ruper  TEMBIKAI SUSU 

Tembikai susu mengandungi pelbagai jenis nutrisi iaitu vitamin – vitamin seperti A, B6 dan C, Folat, Potasium, Zink serta lain – lain enzim berkaitan dengan penghadaman. Mengambil kita vitamin C sahaja, ianya bertindak sebagai antioksida yang mana kita tahu antioksida ini membantu dalam melindungi tubuh dari penyakit – penyakit kronik khususnya kanser. Malah vitamin C juga membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuhdan sekaligus menghalang tubuh dari dijangkiti selesema dan batuk. Untuk vitamin B6 pula, ianya penting untuk kesihatan kulit dan sistem peredaran darah tubuh anda .


Yang Ni Telah Siap Di Potong 
Selain itu tembikai susu turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malah tembikai susu dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas kolestrol dan rendah kalori, oleh itu ianya sedang elok untuk diterapkan dalam menu diet anda yang ingin mengurangkan berat badan. 

Rasanya Ada Sikit Rasa Lemak2 Manis Gitu ...
Potasium yang terkandung dalam tembikai susu dapat mencegah otot dari mengalami kekejangan dan membantu dalam mengawal tekanan darah, serta kandungan air tembikai susu yang banyak akan membantu tubuh anda dari kekurangan air. Untuk rekod, satu mangkuk kecil tembikai susu hanya mengandungi 60 kaloridan membekalkan vitamin C yang mencakupi 70% keperluan harian tubuh anda.


Ni Dia Jus Tembikai Susu ..

Tembikai susu boleh disimpan dalam suhu bilik sehingga 4 hari, manakala jika disimpan ke dalam peti sejuk ianya boleh bertahan selama 5 hari


SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤ 

Catat Ulasan

0 Ulasan