❤ Cara Mengatasi Pertengkaran Dalam Perkahwinan ❤

Ketahui Punca Masalah Sebenar

Konflik atau masalah kadang-kala baik untuk hubungan anda. Apabila anda bertengkar dengan pasangan anda, itu menunjukkan bahawa anda selesa dengan diri anda sendiri dan anda tidak takut untuk menunjukkan sikap  sebenar anda.

Walau bagaimanapun, pertengkaran yang terlalu banyak  atau kerap berlaku ialah keadaan 
dan cerita yang berbeza. Apabila setiap kesalahan kecil atau apabila isu remeh-temeh 
sering diperbesar-besarkan dan dibiarkan berlarutan, perkahwinan anda mungkin 
akan berada dalam keadaan huru-hara.Untuk menyelesaikan sebarang konflik, 
selidiklah masalah sebenar yang terjadi dan ketahui punca atau sebab berlakunya 
masalah tersebut.

Jika tidak, anda seperti seorang pakar bedah yang memotong daging pesakit tanpa 
melakukan diagnosis terlebih dahulu. Berikut antara sebab dan punca yang 
menyumbang kepada pertengkaran dalam perkahwinan.

Perbezaan Personaliti Dan Perangai Pasangan
Semua orang pasti memiliki keistimewaan tersendiri. Maka, setiap orang juga pasti 
berbeza di antara satu sama lain. Ini membawa kepada perbezaan tafsiran dalam 
keutamaan, perspektif dan keputusan.

Anda akan menemui dan mengetahui perihal yang berlainan tentang pasangan anda 
apabila anda mula hidup di bawah satu bumbung yang sama. Si isteri pasti tidak 
suka pabila suaminya menyelerakkan barang-barang setelah si isteri baru sahaja 
mengemas rumah, manakala si suami pula tidak suka isterinya balik lewat dari kerja dan 
tidak memasak untuknya di rumahnya.

Itu antara contoh perbezaan sikap dan personaliti yang menjadi punca pertelingkahan 
dalamperkahwinan. Walau bagaimanapun, selagi anda menghormati dan saling 
melengkapi antara satu sama lain, perbezaan personaliti dan sikap pasti tidak akan 
menjadi masalah besar dalam perkahwinan anda.

Masalah Kewangan
Kelangsungan hidup adalah amat penting untuk semua orang. Mempunyai sumber 
kewangan yang cukup dan stabil akan memberikan rasa selamat apabila seseorang jatuh 
sakit, apabila peti sejuk kehabisan makanan dan apabila bil-bil bulanan datang menjengah.

Itulah sebabnya apabila anda menghadapi kesukaran untuk meneruskan hidup, anda akan 
berasa tertekan. Tekanan disebabkan masalah kewangan ini akan menjadi dua kali ganda 
bebannya apabila anda mempunyai anak-anak kecil yang perlu anda tanggung dan jaga.

Oleh sebab itu, penting untuk setiap pasangan untuk mengawal perbelanjaan semasa dan 
sentiasalah hidup bersederhana dan mengikut kemampuan.

Kecurangan
Kekal setia kepada pasangan anda ialah cabaran yang paling besar bagi orang-orang yang 
sudah berkahwin. Janji yang terungkap di hari bahagia suatu masa dahulu untuk sentiasa 
bersama perlu tersemat dalam fikiran setiap pasangan dan mestilah sentiasa dipelihara 
janji tersebut.

Walau bagaimanapun, pasti akan ada pasangan yang terlupa akan janji-janji tersebut 
akibat perangai dan sikap mereka sendiri. Apabila ini berlaku, perkahwinan anda 
akan bergelora, kemudiannya pertelingkahan dan pergaduhan pasti akan berlaku.

Malah keadaan yang lebih buruk seperti perceraian mungkin akan terjadi. Oleh itu, 
peliharalah janji-janji anda untuk kekal bersama selamanya.

Salah Faham Antara Pasangan
Kurang komunikasi ialah punca utama salah faham. Anda mungkin telah mengenali 
antara satu sama lain untuk jangka masa yang panjang tetapi ia tidak bermakna anda 
boleh melemparkan kata-kata cemuhan, dan menganggap pasangan anda membaca 
fikiran anda sepanjang masa atau tidak mengendahkan kata-kata pasangan anda.

Untuk mengekalkan komunikasi yang berkesan dalam keluarga, sentiasalah memberi 
perhatian kepada apa sahaja yang pasangan anda katakan. Saling bertukar-tukar 
pendapat atau idea tentang perihal pasangan pasti akan menambahkan persefahaman 
antara satu sama lain.

Jarang berlaku masalah atau pertelingkahan bukanlah suatu tanda aras 
yang sahih dalam menentukan kebahagiaan sesuatu perkahwinan. Kematangan 
pasangan boleh diukur berdasarkan sejauh mana mereka boleh mengatasi masalah 
mereka, bagaimana mereka mengukuhkan hubungan mereka dan bagaimana mereka 
menjadi bertambah baik melalui sokongan antara satu sama lain.

Berjuanglah untuk terus mengekalkan perkahwinan anda selama-lamanya !!!



SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Catat Ulasan

0 Ulasan