❤ Masalah Tidur Mengikut Umur Bayi ❤

November 07, 2013

- Bayi baru lahir hingga tiga bulan

Waaa Besttnyerr Baby Tdurrr,,,Teringat kat AKIF Masa Kecik2 Dulu .. ❤
Bayi pada permulaan jarak umur ini tidur bagi tempoh jangka pendek dan sering bangun pada waktu malam. Anda perlu menerima hakikat yang tidur anda akan terganggu untuk beberapa minggu pertama. Tetapi, anda boleh berusaha dari sekarang untuk mendapatkan tabiat tidur yang akan memanfaatkan kemudian hari.
Jika dia tertidur semasa makan atau sedang didukung, letakkannya di tempat tidur yang khas, seperti raga pengangkut bayi, katil atau kereta sorong bayi. Jika dia berjaga, galakkan keadaan berjaga itu, dan bersosiallah dengannya. Dengan menetapkan sempadan antara masa tidur dan masa berjaga, anda akan membantunya mengaitkan tidur dengan tempat tidur khas untuk tidur.
Bagi dua atau tiga minggu pertama, mungkin membedung bayi anda boleh menenangkannya. Bagi sesetengah bayi, ini petanda untuk tidur, tetapi ada yang lain yang tidak menyukainya. Jangan membedung selepas dia berumur sebulan, sebab itu boleh menyekat pergerakannya.

- Tiga hingga enam bulan

Cute Sangat .... Geramnyerrr Kat Baby ... ❤

Pada usia ini, anda mungkin mendapati langkah-langkah berikut membantu.
Jika anda telah memindahkan bayi anda ke kot bayi, dia mungkin mendapati sukar untuk menyesuaikan diri. Baca tentang cara-cara untuk membuat peralihan ke kot bayi lebih mudah.
Jika bayi anda tidak mahu beristirehat dengan selesa, walaupun anda telah banyak berusaha, adalah baik untuk memberinya puting untuk membantunya terlena. Ingatlah, walau bagaimanapun, jika dia terjaga dan tidak dapat mencari putingnya, usaha ini mungkin menjadi sia-sia sahaja.
Jangan terdorong untuk memulakan makanan pepejal bagi bayi anda sebelum dia bersedia sebagai langkah untuk membuat dia tidur. Tidak digalakkan semata-mata untuk bayi diberi makanan pepejal sebelum dia berusia enam bulan.
Pastikan bayi anda tidak berjaga sampai terlalu lewat. Bayi yang terlalu letih boleh membuat usaha menidurnya sukar.

- Enam hingga sembilan bulan

Alolololo Tomeynyerr Dia .... Eeee Geram Tengok .... ❤ 

Sekitar usia ini, bayi yang tidak pernah mempunyai masalah tidur mungkin mula bangun pada waktu malam sebab kebimbangan pemisahan. Apabila dia terjaga pada waktu malam, dia rindukan anda dan bimbang yang anda tidak akan kembali.

Masalah tidur juga ada kaitan dengan pencapaian satu lagi tahap dalam perkembangan fizikal dan mental bayi anda. Sekitar masa ini, dia belajar duduk, meniarap, merangkak, dan mungkin sudah boleh bangun berdiri.
Jika dia bangun pada waktu malam untuk berlatih kemahiran baru berduduk yang menguja itu, anda perlu mengajarnya macam mana hendak berbaring semula. Kemudian, gunakan rutin yang anda telah tetapkan untuk mendapatkannya tidur semula.
Letusan perkembangan bayi anda dengan tiba-tiba ini bukan seperti pecutan pertumbuhan, jadi memberinya sarapan pada waktu malam tidak akan membantunya tidur dengan lebih baik. Malah, ini mungkin akan melanjutkan masalah ini, membuatnya bertambah buruk. Ini akan mengajar dia untuk bergantung kepada makan untuk tidur.
Tidur bayi anda juga boleh terganggu sebab dia sedang tumbuh gigi. Jika dia tidak kelihatan seperti dalam kesakitan, ikut rutin tidur anda yang biasa. Tetapi jika gusinya sakit, urutkan perlahan-lahan dengan menggunakan satu jari atau berikan dia sesuatu yang sejuk untuk mengunyah, seperti flanel sejuk separuh beku. Jika keadaan bertambah teruk, beri dia satu dos parasetamol bayi yang sesuai.
Jika bayi anda baru tidur selepas 8.30 malam dan dia mulai bangun pada waktu malam, anda mungkin hairan apabila mendapati bahawa dia lebih cenderung untuk tidur sepanjang malam jika anda menukar waktu tidurnya setengah jam lebih awal.

- Sembilan hingga 12 bulan

Syoknyerrrrr Tidurrrrrrrrrrrr ..... ❤

Bayi anda sudah cukup tua untuk tidur sepanjang malam, tetapi dia boleh menukar tabiat tidurnya dan mungkin masih mengalami kebimbangan pemisahan. Bersedialah untuk mengubah rutin anda semasa dia membesar ini.
Cuba mengubah tidur petangnya kepada waktu yang lebih awal dan membuatnya lebih singkat. Kekalkan ritual tidur anda dan bersikap tegaslah tentang masa tidur. Biar bayi anda tahu bahawa apabila sampai masa waktu tidur, itu tetap waktu tidur. Jika boleh membantu, cuba pasang loceng jam untuk berbunyi kira-kira lima minit sebelum masa untuk tidur. Dengan cara itu, mandat tidur datang dari sumber luar, bukan dari anda.
Cuba biarkan pintu bilik bayi anda renggang supaya dia boleh mendengar anda, dan dia berasa tenang bahawa yang anda berdekatan.
Jika kesukaran tidur bayi anda mengganggu tidur anda dan anda berasa anda tidak mampu menanganinya, berbincanglah dengan doktor keluarga anda atau pakar pediatrik.

~ Lya ❤

Artikel Menarik yang Lain

0 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..