Jom Buat PAVLOVA ❤ ❤

November 10, 2013

~ Cara Membuat Mini Pavlova Yang Enak!

Ha aaa pagi2 hari dah buat entri ..hehehehehe..
Hari ni Lya nak kogsikan cara2 nak buat PAVLOVA yang super duper SEDAPPP...
Gerenti sedap dan menjilat jari ..Hehehehe..
Nak cuba buat PAVLOVA tak ..Jom baca entri Lya ni pastu CUBALAH buat sendiri kat umah ,,,Senang jer ni ...jom jom jom ......

JOM IKUT SEMUA CARA2 NYA...

Bahan-bahan

Meringue Pavlova ( yang berwarna putih tu )

6 biji telur ( bahagian putih telur )
1 cawan ( 200gram ) gula castor
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu cuka putih
1 sudu tepung jagung / cornstarch

Bahan hiasan :

Krim putar
Buah-buahan
Coklat cair

Cara-cara nak  membuatmya  :

1. Panaskan oven sehingga 250 darjah celcius. Letakkan cookie sheet/ cooking sheet di atasnya.
2. Di dalam mixer, ( kelajuan sederhana ) , pukul putih telur sehingga berbusa/ berbuih putih. Kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit dan pukul/putar pada kelajuan tinggi sehingga bahan tadi sebati dan menjadi meringue. Pastikan meringue tadi padu dan berkilat.

Bagaimana nak tahu gula sudah sebati di dalam meringue tadi? Ambil sesudu meringue dan letakkan di jari anda kemudian rasa menggunakan hujung jari . Pastikan tiada gula yang belum cair atau hancur. Bagaimana nak tahu meringue itu padu? Ambil meringue menggunakan sudu atau spatula, kemudian terbalikkan. Jika meringue tadi tidak jatuh, maka ianya sudahpun padu. Pastikan semasa memukul bahan tadi, bahan tidak terkena air ok.

3. Kemudian, masukkan esen vanila, cuka dan juga tepung jagung di atas sebatian meringue tadi. Menggunakan senduk, gaul rata bahan tadi perlahan-lahan.
4. Menggunakan sudu/senduk, letakkan meringue di atas cooking/cookie sheet tadi dengan berhati-hati mengikut saiz yang anda suka. Pastikanbahagian tengah meringue agak leper,jadi mudah untuk anda meletak krim putar di atasnya nanti apabila nak menghias pavlova anda.
5. Bakar selama 60-75 minit sehingga bahagian luar kering dan agak rapuh dan warna bertukar menjadi putih krim pudar. Tutup ketuhar anda dan biarkan ia sejuk dengan suhu bilik. Bahagian luar meringue akan berasa lembut apabila disentuh atau jika ditekan perlahan-lahan,. Ia akan meretak sedikit kerana ia menyejuk pada suhu bilik tetapi jangan risau, tekstur dalam meringue itu sendiri akan menjadi lembut dan seperti marshmellow apabila dimakan.
6. Anda boleh la hiaskan meringue anda dengan krim putar dan buah-buahan mengikut kesukaan anda. Anda juga boleh gunakan coklat cair untuk dimakan bersama meringue pavlova anda...

OK DAH BOLEH MAKAN...JANGAN LUPA CUBA TAU...
PASTINYA SEDAP DAN MENYELERAKAN UNTUK DINIKMATI SEISI KELUARGA..

~ Lya  ❤


Ok Dah Boleh Makan Yummy Yummy Yummy !!!! ❤



Artikel Menarik yang Lain

1 sang pencerita

  1. sodapnye,,antor kat umah ckit,,,x reti buat,,,,,,huhuhu,,

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.